
Bismillahi
walhamdulillah . Kunci Malam Qadr sebenarnya terletak kepada surah sebelumnya
Al-Qadr (surah 97) iaitu pada surah al-Alaq (surah 96).
Perhatikan Basmallah pada Surah al-Qadar Ba ada sabdu. Ini kerana surah 96 berakhir dengan Ba

Pada ayat pertama diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk “Bacalah”. Maka ini bermakna , bacalah Al-Quran . Sedangkan ayat terakhir (ayat ke -19) adalah ayat sujud tilawah . Ini memberi isyarat solat (“ Dan sujudlah serta mendekatlah”). Jelas bahawa kunci untuk mendapatkan Lailatul Qadr ialah MEMPERBANYAKAN bacaan al-Quran dan solat. Malah isyarat ini dikuatkan dengan bilangan ayat surah ini iaitu 19 , sama dengan bilangan huruf Bismillahir Rahmanir Rahim (Basmalah) sebagai kunci pembuka Lailatul Qadr itu.
Perhatikan Basmallah pada Surah al-Qadar Ba ada sabdu. Ini kerana surah 96 berakhir dengan Ba

Pada ayat pertama diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk “Bacalah”. Maka ini bermakna , bacalah Al-Quran . Sedangkan ayat terakhir (ayat ke -19) adalah ayat sujud tilawah . Ini memberi isyarat solat (“ Dan sujudlah serta mendekatlah”). Jelas bahawa kunci untuk mendapatkan Lailatul Qadr ialah MEMPERBANYAKAN bacaan al-Quran dan solat. Malah isyarat ini dikuatkan dengan bilangan ayat surah ini iaitu 19 , sama dengan bilangan huruf Bismillahir Rahmanir Rahim (Basmalah) sebagai kunci pembuka Lailatul Qadr itu.
Namun
perkara ini adalah usaha para hamba Allah. Mungkin dengan banyak melakukan bacaan al-Quran dan solat masih belum
mencukupi kerana hati masih tidak bersih
, tidak berzikir dan bertaubat . Sebab melihat perkara ghaib memerlukan hati
yang bersih kerana disitulah tempat tajalli Allah s.w.t . Dalam istilah fizik
pertemuan Lailatul Qadr memerlukan jarak gelombang aura diri dan cahaya
Lailatul Qadr “matching” atau sama dan se-fasa agar mencapai fenomena
“resonans”. Jika tidak , pintu langit
yang terbuka , ayat yang tertulis di langit dan kejadian seterusnya sehingga suboh tidak dapat diikuti. Malah
pada hakikatnya , bentuk ibadah seseorang harus mengikut kehendakNya dan ini
memerlukan kebolehan memfanakan diri
agar dapat berkomunikasi denganNya . Solat apa, ayat apa yang hendak dibaca ,
doa apa yang hendak dibawa dan kedudukan diri
(dari segi kedudukan ruh dalam falak tertentu) semua itu memerlukan
penempatan yang setimpal dengan keagungan Lailatul Qadr , termasuk
dari segi pakaian (berjubah dan berserban) atau mungkin berselubung membawa
asma’ul husna tertentu .
Tentunya
aura yang ada dalam diri sudah awal-awal lagi “matching” dengan aura para Nabi
atau Rasul a.s tertentu (yang sudah semestinya aura mereka ini semua melebihi
aura para malaikat a.s). Untuk melihat malaikat aura kita mesti melebihi
mereka. Sebab pada malam Qadr ini bukan sahaja malaikat a.s malah para Nabi dan
Rasul a.s serta ruh orang soleh r.a juga akan turun ke bumi dan berzikir serta
bersolat terutamanya di 3 tempat suci iaitu Masjidil Haram, Masjidun Nabawi dan
Masjidil Aqsa.
Konsep
“Bacalah” juga mengisyaratkan pengambilan ilmu atau sanad yang sahih,
sebagaimana Rasulullah s.a.w mengambil wahyu dari Jibrail a.s begitu juga
sahabat r.a mengambilnya dari Rasulullah s.a.w dan seterusnya kepada tabiin
sampai kepada kita. Guru yang bersanad adalah penting disamping guru Sufi yang
muhaqqiqin seperti yang disebut dalam hadith berikut:
Rasulullah s.a.w bersabda “ Ulama
umat ini ada dua jenis – ulama yang diberi ilmu oleh Allah lalu dia
menyebarkannya kepada manusia , dia tidak termakan dengan sifat tamak serta
tidak meletakkan sebarang harga. Ulama sedemikianlah yang dimintakan keampunan
oleh binatang laut , haiwan darat dan burung diudara. Lantas Allah s.w.t pun
mengangkatnya menjadi sayyid syarif sehingga bersama dengan para Rasul a.s. Dan
(kedua) ulama yang diberi ilmu oleh Allah s.w.t namun dia termakan dengan sifat
tamak dan boleh diberi dengan harga.Ulama demikian akan dikekang di Hari Kiamat
dengan kekang dari aai neraka lantas sang penyeru pun akan mengumumkan “ Inilah
orang yang diberi ilmu oleh Allah , namun bakhil kepada para hamba Allah ,
bahkan malah termakan dengan sifat tamak dan boleh dibeli dengan harga.”
Begitulah dikatakan sehingga kiraan hisab berakhir. (Hadith dimuat oleh al-Munziri dalam kitab at Targhib wa Tarhib 1/128).
“Sujud”
pula (untuk mendekatkan diri) mempunyai beberapa konotasi antaranya sujud
kerana bersyukur seperti yang disabdakan baginda Rasulullah s.a.w “ Kenikmatan
adalah sesuatu yang ganas , maka jinakkan dia dengan kesyukuran “. Seperti yang
tercatat dalam tulisan Sh. Abdul Qadir Jilani (q.s) bab 44 kitab “Adab as Suluk wa at Tawassul la manazil al
Muluk “ :
Jika seseorang bersih rohani dan
jasmaninya juga hatinya tersucikan , bermakna Dia telah memilihnya di dunia ini
dan di akhirat – di dunia melalui hatinya sedang di akhirat melalui jasadnya.
Nabi s.a.w bersabda “ Golongan fuqara adalah teman duduk Yang Maha Pengasih
pada Hari Kiamat “.
Semoga
bermanafaat.Wallahu ‘alam bissawab.
No comments:
Post a Comment