Wednesday, May 15, 2019

Solat

No comments:
Secara ringkasnya dan secara umumnya perkara2 yang ada hubung kait dengan solat iaitu perkara2 yang perlu diketahui bagi orang yang ingin mendirikan solat iaitu;
1) Tahu ta’arif solat
2) Tahu syarat2
3) Tahu rukun2 solat
4) Tahu sunat2 dan makruh dalam solat
5) Tahu perkara2 yang membatalkan solat
6) Tahu hukum2 solat
7) Tahu syarat terima (qobul) solat
8) Tahu kesempurnaan solat
9) Tahu rahsia2 solat ( zahir & batin)
10) Tahu mahiah/kaifiat/tatacara solat.


Ta'arif Solat
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x397.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 922x341.


3) Yang dimaksudkan (Bisyarooito makhtsuutsootinDengan syarat2 tertentu iaitu;
- Syarat wajib solat
- Syarat sah solat
- perkara2 yang membatalkan solat


Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang lalai dalam solat
seperti dalam firman Allah yang bermaksud;
"Maka celakalah (kecelakaan yang besar) bagi orang yang solat
padahal mereka lalai di dalam solat mereka itu" (Surah 107:4-5)




Jika sekiranya kita tidak mengetahui perkara2 ini maka solat kita menjadi tidak sempurna, tidak sah & tertolak.

**********************************************
Kitab rujukan antaranya;
1) Munyatul Musolli
2) Hidayatul Sibyan (DOWNLOAD KITAB)
3) Kifayatul Muhtadi
4) Sulamul Muhtadi
5) Minhajus Salam


**************************
>>>Download Kitab Musolli<<<
**************************


RUPA SEMBAHYANG YANG ZOHIR & BATIN

Kitab Munyatul Musolli (m.s 4)


Kemudian, maka adalah bagi sembahyang itu adalah baginya rupa yang zahir yang sempurna. Maka iaitu syaratnya seperti rohnya. Maka rukunnya seperti kepalanya dan badannya. Dan sunat ab‟adh itu seperti anggotanya. Dan sunat haiah itu seperti bulu perhiasannya. Dan ada baginya rupa hakikat yang batin. Dan tiada sempurna bagi sembahyang ia melainkan dengan sempurna keduanya (zahir dan batin) sekali.

Maka adapun rupanya yang zahir, maka iaitu seperti berdiri, dan takbir, dan membaca Fatihah, dan ruku', dan i'tidal, dan dua sujud, dan duduk antara keduanya, dan duduk tasyahhud, dan tahiyyat, dan salam. Inilah daripada segala rukun yang zahir dan sunatnya dan syaratnya.

Adapun hakikat yang batin, maka seumpamanya khusyu dan hadir hati dan sempurna ikhlas, dan tazallul (menghinakan diri di hadapan Allah), dan tafahhum (memahami) bagi makna qiraah (makna-makna bacaan), dan tasbih dan lainnya daripada segala wazifah (pekerjaan) sembahyang yang batinah. Maka zahir sembahyang bahagian badan dan anggotanya. Dan batin sembahyang bahagian hati dan sir. Dan demikian itu, tempat tilik hak Allah daripada hambaNya, iaitu hati dan sir.

Kata Imam Ghazali : “Umpama orang yang mendirikan rupa sembahyang yang zahirnya jua dan lalai ia daripada hakikatnya yang batin, seperti umpama seorang menghadiahkan bagi raja yang amat besar darjatnya akan seorang dayang yang mati tiada roh baginya. Dan seumpama orang mentaqsir (tidak mengamat-amati atau cuai) pada mendirikan zahir sembahyang, seumpama ia menghadiahkan kepada raja akan seorang dayang yang terpotong anggotanya dan ketiadaan dua matanya. Maka adalah ia orang yang menghadiahkan ini dan yang dahulunya melentangkan keduanya itu akan diri keduanya bagi raja itu seksa dan murkanya dan marahnya, kerana keduanya itu menghinakan bagi hormat (kemuliaan) kerajaannya dan meringankan oleh keduanya dengan hak kerajaan.”


[Sumber: Kitab Munyatul Musolli]



6) Kitab Jiwa Sembahyang
7) Kitab Miftahul Jannah


Rukun Yang Ke-7: SUJUD

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 839x402.

[Kitab Hidayatus Sibyan]

Syarat sujud itu 8 perkara:
1) Sujud kemudian daripada sempurna I'tidal
2) Menghantar 7 anggota ke tempat sujud.
- 2 perut anak jari kakinya
- 2 lututnya
- 2 tapak tangannya
- dahinya. Dan sunat tertib.
3) Terbuka dahinya
4) Ditekankan kepala kepada tempat sujud
5) Qosad sujud semasa hendak sujud
6) Tiada sujud ia atas sesuatu yang tanggung akan dia yang bergerak dengan geraknya.
7) Meninggikan punggungnya dari tengkuknya.
8) Wajib tuma'ninah pada sujud.

Sunat membaca dalam sujud "Subahaana Robbiyal A'laa Wa BiHamdih" sekurang2nya 1 kali baca. Sekurang2 akmal 3x kemudian 5x 7x 9x dan 11x.

Sunat (bagi lelaki) merenggangkan 2 lengannya dari lambungnya.

Sunat mengangkat perutnya dari 2 pehanya.


Adapun sujud itu adalah rupa khusyu' dan menghina diri ke hadrat Allah s.w.t yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.

Last edited by citymall; 19-02-2015 at 07:46 AM.
  #23  
Old 20-02-2015, 08:04 AM
Rukun Yang Ke-8: Duduk Antara 2 Sujud

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 922x340.


Duduk antara 2 sujud ada 4 syarat iaitu;
1) Setelah sempurna sujud pertama
2) Qosad hendak duduk semasa angkat kepala
3) Membetulkan duduknya sekadar kuasa.
4) Duduk serta tuma'ninah.

Duduk antara 2 sujud dipanggil duduk iftirash


Sunat membaca semasa duduk;
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x56.

Robbigh fighli - Wahai Tuhanku, ampunilah aku
WarHamni - Rahmatkan aku
Wajburni - Cukupilah kekuranganku
Warfa'ni - Angkatlah darjatku
Warzuqni - Berilah aku reseki
Wahdini - Pimpinlah aku
Wa'aafini - Sihatkanlah aku
Wa'fu'annii - Maafkan aku.


Tiada harus memanjangkan masa duduk itu lebih dari kadar masa membaca tahyat dan tiada harus memanjangkan masa i'tidal lebih dari kadar masa membaca fatihah.

No comments:

Post a Comment

 
back to top