Wednesday, May 15, 2019

APLIKASI ELEMEN SAINTIFIK DALAM TAFSIR AL-QURAN:

No comments:

ISBN 978-967-5534-20-1
© 2012 Centre of Quranic Research (CQR)


APLIKASI ELEMEN SAINTIFIK DALAM TAFSIR AL-QURAN: 
SATU PENGAMATAN AWAL TERHADAP MANHAJ ZAGHLUL AL-NAJJAR DALAM TAFSIR AL-AYAH AL-KAWNIYYAH FI AL-QURAN AL-KARIM1
Selamat Bin Amir2
Dr. Monika @ Munirah Abd Razzak3
Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff4 Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur

ABSTRAK

Perkembangan sains dan teknologi kini sejajar dengan urbanisasi keilmuan menuntut telahan analitis umat Islam untuk lebih memahami maqasid al-Quran dalam multi dimensi selaras dengan fraksi syar’i. Justeru manhaj yang telah diperkenalkan oleh Prof Dr. Zaghlul al-Najjar melalui teknik penafsiran saintifik dalam karyanya Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al-Karim telah memberikan impak yang positif dalam memahami bait tauhidik selaras dengan konteks semasa. Melalui metode analisis data-data saintifik, beliau cuba membahaskan ayat al-Quran khasnya ayat-ayat al-Kawniyyah yang meliputi aspek penciptaan alam semesta (astronomi, astrologi, geologi dan fenomena alam), kesihatan dan penciptaan makhluk (embriologi, arkeologi, fisiologi). Walaupun argumentasi saintifik lebih menonjol dalam penulisan beliau, aplikasi metode klasik dalam mensyarahkan ayat-ayat al-Quran turut diketengahkan khasnya dalam memahami kalimah al-Quran melalui dimensi lughowi. Justeru dalam makalah ini, penulis akan menyoroti metodologi Prof. Dr. Zaghlul al- Najjar dalam berinteraksi dengan ayat-ayat al-Quran melalui penemuan data dan


1 Tajuk ini akan dibentangkan dalam The 2nd Annual International Quranic Conference pada 22-23 Februari 2012 bertempat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.
2  Selamat Bin Amir adalah merupakan calon PhD Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Boleh dihubungi : selamat_amir@yahoo.com
3 Dr. Monika @ Munirah Abd Razzak adalah merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur
4  Prof. Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff adalah merupakan Professor merangkap Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.



emperikel saintifik di dalam karyanya Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al-Karim.

1.0 Pengenalan


Realiti semasa menunjukkan bahawa perkembangan ilmu pengetahuan sejajar dengan realiti semasa. Hal ini dapat dilihat melalui anjakan dalam pola berfikir masyarakat pada hari ini yang terhasil melalui dua motif yang utama5 iaitu; Pertama, perolehan pengetahuan hasil daripada pengalaman, iaitu diperolehi begitu sahaja, tanpa motif tertentu. Kedua, pengetahuan yang didasari motif ingin tahu malalui proses analitis yang yang didasari ilmu teoritikal dan dikembangkan berdasarkan praktikaliti yang berterusan.
Bertitik tolak daripada dua motif utama ini, maka lahirlah pelbagai konsep ilmu pengetahuan. Sebagai contoh konsep ilmu dalam optik Islam berkembang hasil daripada dua asas yang merupakan emperikal utama iaitu al-Quran dan al-Hadith6. Berbeza dengan konsep ilmu pengetahuan yang diutarakan oleh para sarjana Barat iaitu berorientasikan kerasionalan semata- mata dan ianya adalah merupakan satu-satunya kaedah untuk mengetahui kebenaran.7 Hal ini sama sekali bertentangan dengan tradisi keilmuan Islam yang bertunjangkan tauhidik, yang mana Islam sama sekali tidak menentang dekorasi keilmuan yang memberikan input yang bersifat competitive excellence, malah galakkan untuk terus mentaakul, mentadabbur dalam pelbagai matra sangat digalakkan bertujuan untuk memperolehi fakta yang absah dan sebagai kontribusi untuk menyelesaikan masalah sejagat.8




5Menurut Ahmad Tafsir, bagaimanapun kaedah dalam memperolehi ilmu pengetahuan ianya adalah bertitik tolak daripada sikap ingin tahu yang sudah built-in dalam penciptaan manusia. Lihat hasil karya Ahmad Tafsir, (2006), Filsafat Pengetahuan Islami, dalam buku Pandangan Keilamuan UIN, Wahyu Memandu Ilmu, Bandung, Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, hlm. 18.
6Sidek Baba, (2010), Memahami Konsep Penguasaan Ilmu Pengetahuan dalam Khairul Azmi Mohamad et. al,
(pnyt.) Ke arah Ummat Hadhari, Kuala Lumpur, Yayasan Ilmuan, hlm. 168-169.
7Ziauddin Sardar telah menjelaskan dengan terperinci konsep ilmu Islam dalam optic Islam dan Barat, beliau telah membuat 15 perbandingan antara konteks pengetahuan Islam dan Barat. Lihat Ziauddin Sardar, (1989), Explorations In Islamic Science, London and New York : Mansell, hlm. 95-97.
8Alias Azhar, (2005), Peranan Pemikiran Saintifik Dalam Pembinaan Hukum Islam Semasa di Malaysia, Kerta
Kerja Prosiding Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Kebangsaan pada 28-29 September 2005, Universiti Malaya Kuala Lumpur, hlm 1-10.



Inilah yang telah diungkapkan oleh Zaini Ujang melalui petikan daripada Jonathan Lyons dalam bukunya berjudul The House of Wisdom: How the Arabs Transformed Western Civilization yang menyatakan bahawa kecemerlangan berfikir intelektual Islam dalam pelbagai bidang telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan kesejahteraan sejagat.9 Justeru situasi ini menunjukkan bahawa pola berfikir sarjana Islam terdahulu bukan sahaja berteraskan ilmu teoritikal malah bersifat praktikaliti bertujuan menghasilkan penemuan yang lebih autoriti sejajar dengan perkembangan semasa. Inilah yang cuba diungkapkan oleh Hujjah al-Islam Al-Ghazali menerusi karyanya Ihya’ ‘Ulumuddin yang
menyebut bahawasanya tuntutan terhadap umat Islam agar menguasai ilmu Syar’iyyah dan Ghair Syar’iyyah Manakala Ibn Khaldun pula mentakrifkannya sebagai al-Ulum al-Naqliyyah dan al- Ulum al-‘Aqliyyah.10
Justeru dalam menelusuri cabaran millennium kini, ilmu yang disebut ilmu ghair syar’iyyah dan al-Ulum al-Naqliyyah perlu diolah dan diinterpretasikan dengan perkembangan ilmu Islam semasa. Adaptasi perkembangan sains dan teknologi dalam konteks pendidikan islamic studies perlu diasimilasi dengan keperluan masyarakat kini11. Dengan tidak mengabaikan




9Zaini Ujang, (2009), Menghayati Budaya Ilmu, Universiti Teknologi Malaysia, Penerbit UTM, hlm. 14. Lihat juga Jonathan Lyons, (2010), The House of Wisdom: How the Arabs Transformed Western Civilization, London New York and Berlin, Bloomsbury Publishing, hlm. 55-57.
10Konsep yang cuba dibawa oleh Imam al-Ghazali dan Ibn Khaldun ini merupakan konsep ilmu yang integral dan
holistik dalam kerangka tauhid yang mana menurut Ismail al-Faruqi sebagai esensi peradaban Islam yang menjadi penyatu pelbagai bidang lapangan ilmu yang pernah diterima Islam dari luar. Lihat Nanat Fatah Natsir, (2006), Merumuskan Landasan Epistemologi Pengintegrasian Ilmu Quraniyyah dan Kawniyyah, dalam buku Pandangan Keilamuan UIN, Wahyu Memandu Ilmu, Bandung, Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, hlm. 1. Penekanan terhadap ilmu dapat dilihat melalui perbahasan dibawah tajuk khas yang dibincangkan secara panjang lebar oleh Imam al-Ghazali di dalam karya beliau. Lihat Ghazali Muhammad, (2008), Mukhtasar Ihya ‘Ulumuddin, Irwan Kurniawan, (Terj.), Mutiara Ihya Ulumuddin, Bandung, Penerbit Mizan, hlm. 23-40.

11Sebagai contoh isu yang diketengahkan oleh Rew Martin dalam tulisannya, yang mana menurut beliau kepentingan mengintegrasikan ilmu pengetahuan dan pendekatan antropologi di dalam memahami agama Islam perlu dibangunkan dalam konteks masyarakat kini agar dinamisasi kesyumulan Islam terserlah dalam semua aspek. Selain menangkis tuduhan sarjana Barat yang mengatakan Islam sebagai sebuah agama yang tidak fleksibel. Justeru pengamalan terhadap pemahaman Islam perlu lebih proaktif untuk membangunkan kerangka pemikiran saintifik Islam. Lihat Rew Martin, (2011), Religion and development I: Anthropology, Islam, transnationalism and emerging analyses of violence against women, dalam Jurnal Progress In Development Studies, V. 11, Isu 1, hlm. 69. Lihat juga Alias Azhar, (2005), op. cit., hlm. 7.


masadir yang utama iaitu al-Quran dan al-Hadith12, penggemblengan usaha yang dinamik dalam memahami bait-bait tauhidik amat perlu agar mampu mendepani cabaran yang bersifat multi- dimensi demi menyerlahkan kesyumulan, keuniversalan dan kefleksibelan ajaran Islam.13 Hal ini adalah disebabkan permasalahan yang lebih kompleks yang berlaku dalam pelbagai matra dikalangan masyarakat mendorong para sarjana untuk lebih berfikiran efisien, kreatif, kritis14 dan proaktif dalam menyelesaikan isu tersebut,15 tanpa mengabaikan sumber yang ma’thur, disinilah penulis melihat kepentingan sebenar di dalam pengolahan maksud tersirat al-Quran berlandaskan situasi masyarakat kini yang lebih bersifat saintifik. Jika dahulu, tradisi keilmuan para sarjana dan ulama silam lebih cenderung menterjemahkan al-Quran secara Ma’thur, Ra’yi dan Isyari
berdasarkan situasi pada ketika itu, maka satu pendekatan baru amat perlu dalam memahami konteks al-Quran selaras dengan perkembangan kini. Iaitu menggabung jalin sains dan teknologi dalam memahami al-Quran. Tidak mengimani olahan sains Barat, sebaliknya melakukan telahan
dan anjakan paradigma terhadap penemuan saintifik untuk diislamisasikan mengikut acuan Islam yang bersifat ta’abbudi dan taudik.16






12Berbeza dengan perkembangan revolusi ilmu pengetahuan dalam optik Barat, yang mana tradisi keilmuan Barat berkembang selepas para saintis dan sarjana Barat memisahkan diri dari dari fahaman idealism agama menerusi proses sekularisasi. 12 Alias Azhar, (2005), op. cit., hlm 14.
13Lihat Alias Azhar, (2007), Aplikasi Elemen Saintifik Dalam Pengajian Syariah di Malaysia, Tesis Ph.D Jabatan
Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. hlm. 1.
14Pemikiran kritis banyak dibincangkan oleh ramai ilmuan khususnya dikalangan warga pendidik samada daripada ilmuan Islam dan Barat. Ia adalah salah satu dari dua aspek pengajian neurosains: pemikiran kritis dan kreatif. Dua aspek pengajian ini adalah sebahagian daripada operasi kognitif yang digunakan oleh manusia untuk mencari sesuatu makna. Roger Sparry dan Ornctein mendapati bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hoka (Hemisfera otak kanan) dan Hoki (Hemisfera otak kiri). Kedua-duanya memainkan perana penting dan perzeaan ialah Hoki berfungsi menghasilkan pemikiran saintifik bercorak kritis dan Hoka pula menghasilkan pemikiran kreatif. Lihat Mohd Fauzi Hamat et.al., (2007), Penerepan Pemikiran Kritis Menerusi Silibus Pendidikan Islam, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): Kajian di SMKA Negeri Melaka dalam Jurnal Afkar Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Bil. 8, Terbitan April 2007, hlm. 209.
15Situasi ini juga turut disentuh oleh Rosnani Hashim dalam pendahuluan karyanya. Lihat Rosnani Hashim, (1996),
Eduacational Dualisme In Malaysia, Kuala Lumpur, Oxford Unibersity Press, hlm. 1-3.
16Alias Azhar, (2005), op. cit., hlm. 2. Lihat juga ulasan Dr. Muhammad Sayyid Tantawi berkenaan adab berdialog tentang al-Quran al-Karim. Muhammad Sayyid Tantawi, (2008), Adab al-Hiwar fi al-Islam, Mohd Nor Mamat (terj.) Adab Dialog Dalam Islam, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. hlm. 158-170.


Inilah diantara usaha ulama’ kini antaranya Prof. Dr. Zaghlul al-Najjar17 yang telah dilakukan dan cuba diketengahkan kepada masyarakat untuk memahami kepentingan isi kandungan al-Quran melalui pendekatan saintifik. Beliau bukan sahaja dikenali di kalangan sarjana Islam kini, malah turut terkenal di rantau Eropah kerana telah banyak memberikan sumbangan dalam aspek pemikiran saintifik qurani18.
Melalui sebuah karyanya yang agung yang berjudul Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al- Quran Al-Karim, penulis akan cuba meninjau metodologi dan pendekatan yang beliau gunakan di dalam menjelaskan isi kandungan al-Quran berdasarkan penemuan saintifik di bawah tajuk kajian yang berjudul Aplikasi Elemen Saintifik Dalam Tafsir Al-Quran: Satu Pengamatan Awal Terhadap Manhaj Zaghlul Al-Najjar Dalam Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al- Karim. Akhirnya dijangkakan hasil kajian berdasarkan tinjauan awal ini dapat menguak corak penafsiran saintifik qurani berdasarkan perspektif tokoh Zaghlul al-Najjar dalam Tafsirnya Al- Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al-Karim.

2.1    Zaghlul Al-Najjar Sebagai Ikon Mufassir Saintifik Islam


2.2    Biografi




17Ketokohan beliau terserlah dengan terhasilnya satu laman web iaitu http://www.elnaggarzr.com yang memuatkan hampir keseluruhan karya beliau  samada penulisan makalah, buku, jurnal, petikan  akhbar. Walaupun  bidang kepakaran beliau lebih menjurus kepada aspek geologi (micropalaeontology), namun ketokohan beliau terserlah apabila mampu menghasilkan pelbagai kajian yang berbentuk I’jaz ‘Ilmi (menggabung jalin penemuan saintifik dan ilmu al-Quran). Sebagai contoh dalam laman sesawang http://www.sunni-news.net bertarikh 11 Oktober 2011, beliau telah dinobat sebagai Islamic Scholar yang unggul dalam mengadaptasi ilmu saintifik ke dalam lapangan tafsir al-Quran. Penghargaan ini adalah merupakan salah satu pencapaian yang selayaknya memandangkan pemilihan tokoh yang termasuk di dalam senarai Islamic Personalities menerusi laman web ini adalah berdasarkan criteria yang ketat. Lihat laman sesawang http://www.sunni-news.net/en/articles.aspx?selected_article_no=13445, bertarikh 10 Oktober 2011. Lihat juga http://www.elnaggarzr.com.
18 Jika diteliti dalam historis silam, istilah saintifik qurani ini adalah merupakan satu istilah yang baru dalam disiplin
ilmu pengajian tafsir al-Quran, kemunculannya bermula apabila kecenderungan ulama untuk mengadaptasi falsafah sains Barat dalam segenap matra dan juga untuk menangkis perlecehan sarjana Barat terhadap kesyumulan al-Quran yang merupakan sebuah wahyu yang bersifat miracle of al-Quran dan bukannya nukilan Rasulullah s.a.w. Dan perlu dilihat juga sains Islam telah cuba dihidupkan semula oleh beberapa tokoh sarjanawan dan agamawan Islam antaranya Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Redha, Muhammad Iqbal dan Sayyid Ahmad Khan, namun tokoh-tokoh ini lebih cenderung membahaskan falsafah sains menurut perspektif sosialisme dan sufisme. Lihat Baharuddin Ahmad, (1994), Falsafah sains Daripada Perspektif Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm. xiv.


Beliau dilahirkan pada 17 November 1933 di kampung Masyal Mesir dan membesar di dalam sebuah keluarga yang mementingkan pendidikan agama. Kemampuan beliau terserlah sejak dari kecil apabila mampu menghafal 30 Juzu’ al-Quran ketika berumur 10 tahun. Kemampuannya makin terserlah apabila memperolehi sijil kelayakan dalam bidang Bahasa Arab pada tahun 1951.19 Namun minat yang mendalam dalam bidang sains dan teknologi membawa beliau untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat degree pada tahun 1955 dalam bidang sains di Kuliyyah al-‘Ulum di Universiti al-Qaherah Mesir. Kecemerlangan beliau dalam bidang sains terserlah apabila memperolehi anugerah  Mustafa Barakah antara anugerah berprestij dalam
bidang sains ketika itu.

Kemampuan beliau tidak terhenti setakat itu, apabila pada tahun 1963 beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang PhD dibawah pengkhususan kajian Kaji Bumi dan Geologi di Universiti Walse England dan memperolehi gelaran Professor pada tahun 1972 dari Universiti Kuwait. Sehingga ke hari ini, beliau telah menghasilkan lebih daripada 150 artikel dan lebih daripada 50 buah buku yang meliputi pelbagai kajian lapangan ilmu antaranya ilmu saintifik Islam, al-Quran sains, sains dalam hadith, I’jaz ‘Ilmi dan banyak lagi. Namun kajian yang telah meningkatkan lagi autoriti beliau sebagai saintis Islam pada abad moden ini ialah kajian yang meliputi asimilasi penemuan saintifik dalam mengintrepretasikan ayat al-Quran. Kebanyakan
karya20  yang telah terhasil melalui kajian ini bukan sahaja ditulis dalam Bahasa Arab, malah
turut diterbitkan dalam Bahsa Inggeris dan Perancis. Antara karya beliau ialah :

·        Al-I`jaz al-`ilmi fi al-Sunnah al-Nabawiyah

·        Haqa'iq `ilmiyah fi al-Qur'an al-Karim : namazij min isharat al-Qur'aniyah ila
`ulum al-ard

19 Zaghlul al-Najjar, (2007), Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al-Karim, Qaherah, Maktabah al-Syuruq al- Dauliyyah, Jilid 1, hlm. 9.

20 Karya lain beliau ialah : Haza Hua al-Quran, Taamalat fi Kitabillah, Rasail min al-Ma’, ‘Ulum al-Ard fi al- Hadharah al-Islamiyyah, Suwar Min Tasbih al-Kainaat, Haqiqah al-Masih, al-Zalazil fi al-Quran al-Karim, Falastin Li man?, Qadiyyah al-Takhalluf al-‘Ilmiwa al-Taqni fi al-‘Alam al-Islami, Qadiyyah al-I’jaz al-Ilmi li al- Quran al-Karim wa Dhawabit al-Ta’amul Ma’aha, Haqaiq al-I’miyyah fi al-Quran al-Karim, Naqarat fi Azimmah al-Ta’lim al-Ma’asir wa Hululiha al-Islamiyyah, al-Mafhum al-‘Ilmi li al-Jabal fi al-Quran al-Karim, al-Qrd fi al- Quran,      al-Sama’      fi      al-Quran,                                                        Qari’ah Sebtambar, al-Islam wa al-Gharb. Lihat  http://www.elnaggarzr.com/index.php?cat=9&p=5 12 Disember 2012.


·        Min ayat al-`ijaz al-`ilmi al-hayawan fi al-Qur'an al-Karim

·        Min ayat al-`ijaz al-`ilmi al-sama' fi al-Qur'an al-Karim

·        Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al-Karim

Kemampuan beliau bukan sahaja diiktiraf dibenua Asia, malah di benua Eropah. Hal ini dapat dilihat apabila beliau telah dilantik mengetuai pelbagai sektor besar antaranya sebagai :
·        Penasihat  Pusat  Kajian  Robertson  Britain  (1963)  dan  Muzium Pembangunan Islam Switzerland (2001).
·        Ahli dalam Journal of Foramimifeeral Research New York (1966) dan Journal of African Earth Science (1981).
·        Penasihat bagi Majalah Muslim di Washington (1970), Penasihat Majalah Islamic Science di India (1978), Penasihat Majalah al-Rayyan Qatar (1978)
·        Antara pengasas Jabatan Geologi Universiti Malik Sa’ud (1959) dan Universiti Kuwait. (1967)
·        Diantara pengasas al-Haiah al-‘Alamiyyah li al-I’jaz al-Ilmi fi al-Quran al-Karim dan al-Sunnah al-Mutahharah di Makkah al-Mukarramah. (1981)
·        Pengarah Kolej Pengajian Tinggi Markfield Britain (2001)

Selain itu, hasil usaha gigih beliau dalam menterjemahkan al-Quran dan al-Sunnah melalui pendekatan saintifik membuahkan hasil apabila beliau telah dinobat sebagai penerima anugerah tertinggi kerajaan Sudan pada tahun 2005 dan anugerah berprestij ikon Islam Dubai pada tahun 2006. Usaha dakwah beliau bukan sahaja giat dijalankan melalui penulisan, malah aktif menyampaikan syarahan berkenaan kemukjizatan al-Quran di serata dunia. situasi ini telah


mendorong  ramai  dikalangan  masyarakat  yang  menghadiri  syarahan  beliau  memilih  Islam sebagai panduan hidup.21
Pengiktirafan dunia terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang saintifik al-Quran sehingga pada hari ini meletakkan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Kaherah, Mesir. Selain itu, beliau juga memegang amanah sebagai penasihat dalam Persatuan Geologi Antarabangsa seperti di Amerika, Britain, Oklohama, Mesir, London.22




3.0 Pengenalan Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al-Karim.

Kitab Tafsir ini telah diperkenalkan oleh Prof. Dr Zaghlul al-Najjar dengan nama kitab Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al-Karim. Kitab tafsir ini lebih memfokuskan kepada ayat-ayat al-Kauniyyah yang terdapat di dalam al-Quran al-karim23. Justeru tidak hairan jika beliau hanya membahaskan ayat-ayat yang berorientasikan ayat-ayat al-Kauniyyah yang terdapat dalam 66 buah Surah sahaja.

Melalui telahan penulis, tafsir ini pada asasnya adalah merupakan kajian beliau yang bersifat maudhu’i, iaitu beliau mentafsirkan ayat-ayat tertentu berdasarkan topikal. Tafsir yang dijadikan kajian oleh penulis dalam makalah ini adalah merupakan tafsir terbitan Maktabah al- Syuruq al-Dauliyyah yang telah diterbitkan pada tahun 2007 yang meliputi 3 Jilid secara keseluruhannya.24 Keunikan tafsir karangan Prof. Dr Zaghlul al-Najjar ini ialah keseluruhan ayat yang diperbahaskan bukan sahaja diolah melalui analisis metodologi klasikal, malah turut dimuatkan bukti saintifik semasa bagi membuktikan kesyumulan dan keautoritian al-Quran

21 Sebagai contoh dalam sebuah syarahan di Tunisia pada 16 Julai 2011, seorang rakyat Jerman telah memeluk Islam setelah mendengar syarahan beliau. Sila Lihat rakaman tersebut ; http://www.youtube.com/watch?v
=kwueb8LakXE&feature=player_embedded
22 Zaghlul al-Najjar, (2007), op., cit. hlm. 10-11. Lihat juga Ishak Sulaiman et.all, (2001), Metodologi Penulisan Zaghlul al-Najjar Dalam Menganalisis Teks hadith Nabawi melalui Data-Data Saintifik, Prosiding Seminar Seminar Sunnah Nabawiyah : Realiti Dan Cabaran Semasa, pada 13-13 Julai 2001, Anjuran Jabatan Al-Quran & Al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, hlm. 280.
23 Ibid., hlm.22.
24 LIhat Mukaddimah Tafsir . Ibid., hlm. 4.


dalam multi dimensi. Kehebatan beliau dalam menggabungjalin ilmu Syar’iyyah dan Ghair Syar’iyyah atau menurut Ibn al-Qayyim ilmu al-Ulum al-Naqliyyah dan al-Ulum al-‘Aqliyyah dalam tafsir ini meletakkan beliau sebagai pelopor dalam menerapkan data-data saintifik dalam penafsiran al-Quran.

4.1    Analisis Metodologi Penulisan dan Penafsiran


Melalui pengamatan awal, penulis mendapati Prof. Dr Zaghlul al-Najjar menyusun karya beliau berdasarkan metod penulisan klasikal dan moden. Manhaj dari segi penyusunan klasikal yang paling dikekalkan oleh beliau ialah menyusun ayat perbahasan atau surah  mengikut susunan seperti yang terdapat di dalam al-Quran. Bermula dengan Surah al-Baqarah (Juzu’ 1) sehingga Surah al-Nas (Juzu’ 30). Namun perlu diketahui bahawa pemilihan ayat perbahasan
yang diketengahkan dalam tafsir ini lebih menjurus kepada ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan Sains Tabi’i atau Sains Natural25. Hal ini adalah berdasarkan bidang kepakaran utama beliau yang meliputi penemuan saintifik melalui dimensi alam semesta, penciptaan makhluk dan kesihatan. Apa yang menarik di dalam metod penulisan tafsir ini ialah Prof. Dr Zaghlul al-Najjar hanya mentafsirkan ayat-ayat yang tertentu sahaja. Tidak membahaskan topik yang tidak berkaitan sama sekali dengan sains natural.  Justeru tidak hairanlah jika dikatakan tafsir ini
merangkumi sebuah ensiklopedia tafsir penemuan saintifik qurani terkini.

4.2    Analisis Topikal


Melalui analisis topikal, penulis mendapati beliau hanya menafsirkan ayat-ayat tertentu yang terdapat di dalam 66 buah surah26 daripada 144 buah surah yang terdapat dalam al-Quran,

25Perkataan Natural berasal daripada bahasa Inggeris, nature yang bererti tabiat, fitrah, alam atau ciptaan. Manakala perkataan natural dalam bahasa Arab disebut al-Tabi’I yang bererti alam semula jadi atau natural. Perkataan tabi’I itu berasal daripada perkataan al-Tab’ yang bererti membentuk sesuatu mengikut apa yang telah diciptakan oleh Allah tentang kejadian alam. LIhat Yahya Jusoh (2007), Pendidikan Falsafah Sains Al-Quran, Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Malaysia, hlm. 177.
26  Surah tersebut ialah; Al-Baqarah, Ali- ‘Imran, Al-Nisa’, Al-Maidah, Al-An’am, Al-A’raf, Al-Taubah, Yunus,
Hud, Yusuf, Al-Ra’d, Al-Hijr, Al-Nahl, Al-Isra’, Al-Kahf, Taha, Al-Anbiya’, Al-Hajj, Al-Mu’minun, Al-Nur, Al- Furqan, Al-Naml, Al-‘Ankabut, Al-Rum, Luqman, Al-Sajdah, Al-Ahzab, Saba’, Fathir, Yasin, Al-Safaat, Al-Zumar, Ghafir, Fussilat, Al-Syura, Al-Hasyiah, Al-Ahqaf, Al-Fath, Qaf, Al-Zariyat, Al-Thur, Al-Najm, Al-Qamar, Al- Rahman, Al-Waqi’ah, Al-Hadid, Al-Tholaq, Al-Mulk, Al-Haqqah, Al-Ma’arij, Nuh, Al-Qiyamah, Al-Insan, Al- Mursalat, Al-Naba’, Al-Nazi’at, ‘Abasa, Al-Takwir, Al-Infitar, al-Buruj, Al-Tariq, Al-Ghasyiah, Al-Syams, Al-Tin, Al-‘Alaq, Al-Qaria’h.


hal ini adalah kerana beliau hanya membahaskan ayat-ayat yang berdimensi al-Kawniyyah sahaja. Daripada 66 surah tersebut, sebanyak 19527 jumlah ayat secara keseluruhannya yang telah dibahaskan oleh beliau. Pada awal penulisan tafsir ini, penulis mendapati bahawasanya Prof. Dr Zaghlul al-Najjar memulakan penulisan dengan mukaddimah28 setebal 31 halaman yang meliputi perbincangan berkenaan :

·        Definisi literal I’jaz serta pembahagiannya.

·        Beliau juga turut menceritakan sejarah perkembangan I’jaz serta manhaj dalam mentafsirkan ayat al-Quran yang meliputi ayat-ayat berdimensi saintifik.
·        Beliau  juga  turut  menyarankan  agar  para  ilmuan  Islam  khasnya  melakukan anjakan dalam mentafsirkan al-Quran selaras dengan perkembangan semasa.
·        Selain itu beliau turut membahaskan penolakan sebahagian daripada golongan yang tidak menerima al-Quran ditafsirkan berdasarkan optik penemuan saintifik.
Jika diteliti dalam tafsir ini, Prof. Dr Zaghlul al-Najjar tidak menyusun ayat dalam surah mengikut topik dan tema tertentu, beliau hanya menyusun berdasarkan turutan ayat dalam surah. Justeru berdasarkan tinjauan analisis kuantitatif, penulis membahagikan tema ayat yang dipilih oleh beliau berdasarkan 3 elemen29 utama iaitu:
i.                Alama Semesta:    iaitu  ayat  yang  meliputi  astronomi,  astrologi,  meteorologi, geologi dan fenomena alam seperti kejadian hari kiamat.
ii.                Penciptaan   Manusia:   ayat   yang   berkaitan   tema   ini   merangkumi                                                 elemen embriologi, arkeologi, fisiologi dan genetik.



27 Daripada 194 ayat tersebut, Surah al-nahl adalah merupakan surah yang paling banyak diperbahaskan iaitu berjumlah sebanyak 11 ayat secara keseluruhannya.
28 LIhat Mukaddimah Tafsir Zaghlul al-Najjar, (2007), op., cit., hlm. 25-55
29 Elemen ini juga turut ketengahkan di dalam karya beliau yang lain yang cukup terkenal antaranya ialah kitab al- I’jaz al-I’lmi fi al-Sunnah al-Nabawiyyah yang telah diterjemahkan dalam versi bahasa melayu yang berjudul Keajaiban Sains Dalam Hadith terjemahan Nor Hasanuddin dan Faisal Salleh terbitan al-Hidayah Publication Sdn. Bhd. lihat juga Ishak Sulaiman et.all, (2001), op., cit., hlm 280.


iii.                 Kesihatan:  ia  merangkumi  perawatan  penyakit,  ubat-ubatan,  pemakanan  dan kebersihan.
Jadual 1. Analisis Pola Penulisan Berdasarkan Tema

Tema
Bil. Ayat yang dibahaskan
Alam Semesta
159
Penciptaan Manusia
32
Kesihatan
4
Jumlah
195


Walaupun Prof. Dr Zaghlul al-Najjar tidak menetapkan tema secara khusus di dalam tafsir beliau, penulis mendapati beliau telah meletakkan perbahasan ringkas di awal setiap surah sebelum beliau membahaskannya secara panjang lebar. Tujuanny adalah untuk mempermudahkan pembaca mengetahui secara umum perbahasan  yang akan diketengahkan dalam surah tersebut.

4.3    Analisis Penafsiran


Ketika Prof. Dr Zaghlul al-Najjar mentafsirkan surah al-Nahl ayat 69, yang berbunyi :





  

    




Maksudnya :    “(dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya…” (Surah al-Nahl : 69)
Beliau memulakan dengan perbahasan kalimah ‘al-Batn’ 30dalam konteks literal, hal ini menurut beliau sangat penting bukan sahaja disamping mengekalkan metode pentafsiran   klasik,   tetapi   menerangkan   kepada   para   pembaca   akan   kepentingan

30 LIhat Tafsir Zaghlul al-Najjar, (2007), op., cit., Juz 1, hlm. 511,


memahami bahasa arab agar mampu memahami ayat al-Quran dengan baik. Namun apa yang menarik, beliau turut membahaskan ayat ini dengan mendatangkan contoh madu yang berbeza berdasarkan penemuan saintifik selaras dengan ayat (madu) Yang berlainan warnanya”. Situasi ini juga dapat dilihat ketika beliau mentafsirkan kalimah اﻟﺒﺮوج dalam Surah al-Buruj. Beliau menyatakan ia berasal dari kalimah ﺑﺮج  ﯾﺒﺮج
- ﺑﺮوﺟﺎ اﻟﺒﺮج - ﺑﺮوج yang membawa pengertian terhadap 12 jenis bintang (Constellation Zodiacal) yang terdapat di alam semesta.31
Penghuraian menggunakan metode saintifik dapat dilihat ketika beliau mentafsirkan ayat 11532 daripada Surah al-Nahl yang membincangkan tentang sebab- sebab pengharaman khinzir. Menurut beliau penemuan saintifik jelas menunjukkan pelbagai penyakit akan timbul rentetan daripada nafsu serakah manusia melanggar perintah Allah SWT. Menurut beliau antara sebabnya ialah kewujudan pelbagai bentuk bacteria yang merbahaya antaranya33 :
·      اﻟﺘﺮﯾﺨﻨﺎ دﯾﺪان (Trichin Worms)

·      ﻟﻠﺨﻨﺰﯾﺮ اﻟﻮﺣﯿﺪة اﻟﺸﺮطﯿﺔ اﻟﺪودة (Pork Tape Worm = Taenia Solium)

·      اﻟﺤﻠﻘﯿﺔ اﻟﺪﯾﺪان (rounds worms)

(Balantidiumcoli) اﻟﺤﯿﻮان اﻷوﻟﻰ اﻟﮭﺪﺑﻲ اﻟﻤﻌﺮوف ﺑﺎﺳﻢ اﻟﻘﻮﻟﻮﻧﯿﺔ                                                                                                                                 ·

Menurut beliau, penemuan saintifik telah pun membuktikan bahawa penyakit seperti اﻟﺨﻨﺎزﯾﺮ ﺣﻤﻰ (Swine Fever), اﻟﺨﻨﺎزﯾﺮ ﺣﻮﯾﺼﻼت ﻣﺮض (Swine Vesicular Disease) dan اﻟﻘﻼﻋﯿﺔ اﻟﺤﻤﻰ ﻣﺮض (Foot and Mouth Disease). Justeru beliau menyatakan betapa pentingnya penemuan saintifik memperkukuhkan lagi bukti akan kebenaran al- Quran dalam menerangkan sesuatu perkara.



31 Ibid, Juz 4, hlm. 383.
32  Ibid, Juz 1, hlm.,537.
33 Ibid, Juz 1, hlm. 539,



Manakala dalam surah al-‘Alaq ayat 16 ( )34, Prof. Dr Zaghlul al-

Najjar cuba menafsirkan di luar lingkup penafsiran kebiasaan para ulama silam menafsirkan ayat ini. Jika dilihat dalam tafsir Mafatih al-Ghaib35 al-Razi mentafsirkan keadaan corak pemikiran orang yang mendustakan arahan Allah melibatkan aspek perbuatan dan pemikiran. Namun Prof. Dr Zaghlul al-Najjar cuba membawa kelainan di dalam mentafsirkan ayat ini. Ini kerana beliau telah mendatangkan bukti saintifik yang menunjukkan keadaan otak ‘pendusta’ terhadap arahan Allah. Bukti  tersebut  bukan sahaja membuktikan kebenaran al-Quran, malah meletakkan al-Quran sebagai ‘kitab
perubatan’ yang menerangkan  secara terperinci  kesan negatif terhadap tubuh  badan terhadap keingkaran perintah Allah.

Jadual 2. Gambar Rajah menunjukkan kesan sampingan terhadap otak




34 Ibid, Juz 4, hlm. 545
35 Fakhr al-Din al-Razi,(1981), , Tafsir Mafatih al-Ghaib , Beirut, Dar al-Fikr, Juz 32, hlm 24


Daripada gambar rajah di atas Prof. Dr Zaghlul al-Najjar membahaskan bahawasanya firman Allah yang menyatakan ubun orang yang mendustakan dan durhaka..” akan mengalami implikasi yang serius dengan mendatangkan contoh keadaan otak pesakit yang menghidap HIV. Menurut beliau berlaku penurunan daya keaktifan berfikir otak pesakit dari semasa ke semasa. Justeru menurut hemat penulis, walaupun dalam ayat 16 daripada Surah al-‘Alaq tersebut tidak menyatakan kesan secara jelas, namun kajian saintifik yang telah dilakukan dan dibuktikan melalui penghuraian dalam tafsir ini jelas menunjukkan kesyumulan al-Quran merangkumi hubungan horizontal dan vertical manusia dengan pencipta.



5.0 Kesimpulan


Daripada pengamatan awal, secara keseluruhannya penulis mendapati tafsir ini adalah merupakan tafsir saintifik terkini yang paling lengkap yang memuatkan penemuan saintifik ketika Prof. Dr Zaghlul al-Najjar mentafsirkan ayat-ayat tertentu, beliau bukan sahaja melihat dari perspektif tradisi klasikal, tetapi memuatkan hujjah semasa yang bersifat pembuktian sains sebagai bukti penghujahan. Penafsiran yang ringkas dan tidak menghuraikan secara panjang lebar dan hanya memfokuskan makna disebalik penurunan ayat. Disamping cuba membawa pembaca memahami al-Quran diluar kebiasaan para mufassir terdahulu. Justeru penulis menyarankan agar para sarjana giat meneruskan delegasi metode saintifik yang bersifat semasa dalam berinteraksi dengan al-Quran agar kegemilangan terhadap penghayatan al-Quran terus dihayati oleh generasi mendatang.


Bibliografi


Ahmad Tafsir, (2006), Filsafat Pengetahuan Islami, dalam buku Pandangan Keilamuan UIN, Wahyu Memandu Ilmu, Bandung, Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung
Alias Azhar, (2005), Peranan Pemikiran Saintifik Dalam Pembinaan Hukum Islam Semasa di Malaysia, Kerta Kerja Prosiding Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Kebangsaan pada 28-29 September 2005, Universiti Malaya Kuala Lumpur
Alias Azhar, (2007), Aplikasi Elemen Saintifik Dalam Pengajian Syariah di Malaysia, Tesis Ph.D Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Ghazali Muhammad, (2008), Mukhtasar Ihya ‘Ulumuddin, Irwan Kurniawan, (Terj.), Mutiara Ihya Ulumuddin, Bandung, Penerbit Mizan
Fakhr al-Din al-Razi,(1981), , Tafsir Mafatih al-Ghaib , Beirut, Dar al-Fikr

Fauzi Hamat et.al., (2007), Penerepan Pemikiran Kritis Menerusi Silibus Pendidikan Islam, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): Kajian di SMKA Negeri Melaka dalam Jurnal Afkar Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Bil. 8, Terbitan April 2007
Ishak Sulaiman et.all, (2001), Metodologi Penulisan Zaghlul al-Najjar Dalam Menganalisis Teks hadith Nabawi melalui Data-Data Saintifik, Prosiding Seminar Seminar Sunnah Nabawiyah : Realiti Dan Cabaran Semasa, pada 13-13 Julai 2001, Anjuran Jabatan Al- Quran & Al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpu
Muhammad Sayyid Tantawi, (2008), Adab al-Hiwar fi al-Islam, Mohd Nor Mamat (terj.) Adab Dialog Dalam Islam, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
Sidek Baba, (2010), Memahami Konsep Penguasaan Ilmu Pengetahuan dalam Khairul Azmi Mohamad et. al, (pnyt.) Ke arah Ummat Hadhari, Kuala Lumpur, Yayasan Ilmuan
Rew Martin, (2011), Religion and development I: Anthropology, Islam, transnationalism and emerging analyses of violence against women, dalam Jurnal Progress In Development Studies, V. 11, Isu 1
Rosnani Hashim, (1996), Eduacational Dualisme In Malaysia, Kuala Lumpur, Oxford Unibersity Press
Yahya Jusoh (2007), Pendidikan Falsafah Sains Al-Quran, Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Malaysia


Zaini Ujang, (2009), Menghayati Budaya Ilmu, Universiti Teknologi Malaysia, Penerbit UTM, hlm. 14. Lihat juga Jonathan Lyons, (2010), The House of Wisdom: How the Arabs Transformed Western Civilization, London New York and Berlin, Bloomsbury Publishing
Zaghlul al-Najjar, (2007), Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al-Karim, Qaherah, Maktabah al-Syuruq al-Dauliyyah
Ziauddin Sardar, (1989), Explorations In Islamic Science, London and New York : Mansell http://www.elnaggarzr.com

http://www.youtube.com/watch?v      =kwueb8LakXE&feature=player_embedded

No comments:

Post a Comment

 
back to top